Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 : 14 Januari 2019

Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama YBhg Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad ketika sesi kunjung  hormat antara kedua-dua pihak.

ALOR SETAR, 14 JANUARI 2019 - Kunjungan Hormat Kerajaan Negeri Perak Ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bertujuan mengetahui secara terperinci berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Kerajaan Negeri Perak diwakili oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman manakala MBAS diwakili oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg Dato' Haji Mohd. Zohdi bin Haji Saad.

Dalam pertemuan antara kedua-dua pihak tersebut, perbincangan terarah kepada cara atau pendekatan yang dilaksanakan oleh MBAS dalam mengurus sisa pepejal secara sistematik menggunakan modul sedia ada melalui akta berkenaan.

Selain itu, dalam perbincangan tersebut juga pihak MBAS telah menerangkan tentang kelebihan dan faedah yang diperoleh hasil daripada penguatkuasaan akta berkenaan.

Antara faedah yang dilihat sekiranya akta berkenaan dilaksanakan adalah sistem pengurusan sisa pepejal akan menjadi lebih sistematik, bersih, dan tersusun.

Secara amnya, Kerajaan Negeri Perak akan mengkaji dengan lebih mendalam sama ada mengguna pakai akta berkenaan atau sebaliknya selain ia mungkin akan diperhalusi bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman diiringi YBhg Datuk Bandar Alor Setar,  YBhg Dato' Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad ke sesi taklimat di bilik mesyuarat MBAS.

Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama kakitangan MBAS.

Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan cenderahati kepada Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad.

Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007

YBhg Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad ketika berucap pada sesi perbincangan antara wakil Kerajaan Negeri Perak dan MBAS.

Kunjung Hormat Bertujuan Ketahui Secara Lanjut Berkaitan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika meyampaikan ucapan dalam sesi perbincangan berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.