Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh : 23 Januari 2019

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Encik Tan Kar Hing bersama kakitangan awam pelbagai agensi yang terlibat dalam lawatan berkenaan.

IPOH, 23 JANUARI 2019 - Satu Lawatan Jejak Warisan telah diadakan di sekitar bandaraya Ipoh diketuai YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Encik Tan Kar Hing dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman.

Lawatan itu juga turut disertai oleh beberapa pelancong asing selain kakitangan jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh serta Tourism Perak.

Antara tempat-tempat yang telah dilawati dalam program berkenaan adalah Cocubine Lane, Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh Padang, Muzium Ho Yan Ho, Happy 8 dan Kedai WOW Tourism Malaysia.

Antara tujuan utama program tersebut dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelancong mengenali dengan lebih dekat tentang tempat-tempat berkenaan yang diketahui mempunyai nilai sejarah selain maklumat terperinci berkaitan Ipoh.

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Encik Tan Kar Hing bersama YB setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama pelancong dari Jepun yang turut menyertai lawatan berkenaan.

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Encik Tan Kar Hing ketika mengetuai lawatan di Muzium Ho Yan Ho.

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman beramah mesra dengan pelancong dari Jepun yang menyertai lawatan berkenaan.

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Encik Tan Kar Hing tekun mendengar penerangan daripada pemandu pelancong yang turut serta dalam lawatan berkenaan.

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Encik Tan Kar Hing bersama pelancong Jepun dan kakitangan awam daripada pelbagai agensi ketika lawatan di Cocubine Lane.

Lawatan Kerja Jejak Warisan Sekitar Bandar Raya Ipoh

YB Encik Tan Kar Hing ketika lawatan di beberapa lokasi pelancongan sekitar Ipoh.

Sumber : Korporat, SUK Perak.