Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan : 26 Januari 2019

Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan

YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyampaikan hadiah kepada MAPS yang menjuarai kategori kawasan pelancongan.

IPOH, 26 JANUARI 2019 - Perak mengungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019.

Daripada 12 kategori dipertandingkan, empat kategori dimenangi tempat pertama, dua kategori mendapat tempat kedua manakala satu kategori di tempat ketiga.

Bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Bandar raya/Perbandaran), Tandas Awam Jalan Dato’ Tahwil Azar di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya mendapat tempat pertama diikuti Tandas Awam Kuching Lake, Taman Rekreasi Majlis Bandaraya Kuching Selatan di tempat kedua dan Tandas Awam Anjung Selera Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di tempat ketiga.

Bagi kategori Kawasan Pelancongan, tandas awam Taman Tema Studio Animasi (MAPS), Ipoh menang tempat pertama diikuti Tandas Awam Rantau Abang, Dungun dan Tandas Awam Pelancongan Tanah Tinggi Brinchang, Cameron Highlands.

Perak turut mengungguli tempat pertama bagi kategori Kedai Makan/Restoran apabila tandas awam 22 Hale Street di umum sebagai pemenang.

Tandas Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam, Chemor turut meraih tempat pertama kategori Sekolah Rendah menewaskan SK St Francis Xavier, Kanowit yang berada di tempat kedua diikuti SK Sri Pulai Perdana, Johor Bahru di tempat ketiga.

Kategori lain yang dipertandingkan Tandas Awam Milik PBT (Daerah), Pejabat Kerajaan, Rumah Ibadat, Hentian Awam, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Pusat Membeli Belah, Stesen Minyak dan Sekolah Menengah.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan YB Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah di Stadium Indera Mulia.

Sementara itu, beliau pada sidang media selepas majlis mencadangkan kategori pemenang keseluruhan mengikut negeri diperkenalkan pada masa akan datang untuk pertandingan tandas bersih tersebut.

Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan

YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyampaikan hadiah kepada Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam yang menjuarai kategori kategori sekolah rendah.

Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan

YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyampaikan hadiah kepada MBI yang menjuarai kategori PBT.

Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan

YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyampaikan hadiah kepada pemilik 22 Hala Street yang menjuarai kategori restoran.

Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan

Antara hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Perak Ungguli Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 Peringkat Kebangsaan

YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah bersama para pemenang dan hadirin yang hadir bagi menjayakan program tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.