Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram : 27 Januari 2019

Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika melakukan 'flag off' kepada para peserta yang menyertai kayuhan basikal sempena program berkenaan.

IPOH, 27 JANUARI 2019 - Kerajaan Negeri Perak akan terus fokus membanteras kes melibatkan peneroka tanah haram yang masih berdegil selain meneroka hasil dan tanah negeri secara sewenang-wenangnya.

YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata setakat ini sebanyak 12 kes telah di senarai untuk diambil tindakan termasuk penguatkuasaan undang-undang.

“Kita telah mengenal pasti 12 kes telah yang telah diputuskan untuk tindakan kebanyakan keputusan adalah dengan menguatkuasakan serta mencari jalan bagi rampas semula tanah.

“Mereka sangat degil, media juga diminta membantu memaklumkan kepada rakyat untuk memahami bahawa tindakan kerajaan  kini adalah untuk kepentingan rakyat mereka (peneroka haram) telah mengusahakan tanah-tanah  kerajaan dalam jangka masa yang panjang tanpa membawa pulangan hasil pada negeri saya kecewa sebelum ini tiada tindakan dibuat,” ujar beliau. 

Terdahulu, beliau ditemui pada program Ipoh Car Free Day anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Gabungan-Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak.

Tegas beliau, kerajaan negeri komited untuk mengembalikan hak kepada rakyat berikutan tanah tersebut perlu diusahakan secara sah.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman.

“Kerajaan Negeri boleh gunakan tanah itu sebagai ladang rakyat yang pastinya akan memberi keuntungan kepada rakyat juga beri hasil kepada negeri untuk digunakan dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

Kita akan terus memperhalus setiap satu kes mungkin ada di sesuatu kawasan mereka menggunakan kumpulan untuk mengganggu penjawat awam jadi kita juga mesti bekerjasama dengan Polis serta badan lain untuk satu jangka masa yang panjang,” kata beliau.

Tambah beliau, terdapat kes yang akan dibawa ke perhatian mahkamah malah pihak  peneroka sendiri turut bertindak menyaman pihak kerajaan.

“Mereka rasakan setelah mereka menduduki satu tanah kerajaan dalam tempoh masa yang lama jadi mereka merasakan itu hak mereka  tetapi sebenarnya tidak.

“Tindakan itu adalah merampas hak rakyat dan kerajaan akan cuba berusaha mengatasinya supaya pelabur asing tidak sukar untuk datang ke negeri ini malah kita juga mahu wujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat kerana masalah ini ianya menjadi sukar,” kata beliau.

Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika melancarkan gimik perasmian Karnival NGO-NGO Prihatin Perak.

Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para peserta yang menyertai Ipoh Car Free Day 2019.

Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap dalam program perasmian berkenaan.

Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu meluangkan masa mengayuh basikal bersama para peserta yang terlibat dalam program tersebut.

Kerajaan Negeri Komited Banteras Peneroka Haram

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.