Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA : 29 Januari 2019

Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA

YB Tuan Howard Lee Chuan How ketika berucap mewakili YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dalam majlis tersebut.

IPOH, 29 JANUARI 2019 - Kejayaan Perak dalam menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA edisi ke-19 pada tahun lalu adalah hasil daripada kerjasama dan penat lelah kesemua ahli jawatankuasa khususnya para sukarelawan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Tuan Howard Lee Chuan How berkata, tanpa komitmen daripada mereka perjalanan temasya sukan dwitahunan itu akan menjadi pincang.

"Di setiap venue pertandingan dan lapangan kejohanan SUKMA dan Para SUKMA 2018 Perak telah berjaya menunaikan tanggungjawab dengan bantuan pasukan sukarelawan.

“Dari depan ke belakang, dari kanan ke kiri, dari atas ke bawah, semuanya memerlukan pasukan sukarelawan untuk menguruskan kejohanan ini,” kata beliau.

Tambah beliau, segala usaha para sukarelawan yang disebut sebagai ‘hero yang tidak didendangkan’ itu harus dihargai semua pihak.

Ujar beliau, usaha para sukarelawan juga telah berjaya melengkapkan setiap program penganjuran yang ada.

Pada masa sama, beliau turut menyeru agar semua pihak dapat terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagaimana yang telah terjalin sewaktu SUKMA Perak 2018 dan Para SUKMA Perak 2018 berlangsung.

Selain para sukarelawan, beliau turut menyeru agar semangat setia kawan dalam kalangan penjawat awam yang terlibat dapat dieratkan tanpa mengira batas jabatan ataupun agensi.

Ujar beliau, usaha para sukarelawan juga telah berjaya melengkapkan setiap program penganjuran yang ada.

Pada masa sama, beliau turut menyeru agar semua pihak dapat terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagaimana yang telah terjalin sewaktu SUKMA Perak 2018 dan Para SUKMA Perak 2018 berlangsung.

Selain para sukarelawan, beliau turut menyeru agar semangat setia kawan dalam kalangan penjawat awam yang terlibat dapat dieratkan tanpa mengira batas jabatan ataupun agensi.

Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA

YB Tuan Howard Lee Chuan How bersama tetamu kehormat yang turut bersama dalam menjayakan SUKMA Perak 2018.

Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA

Persembahan dilakukan oleh Kelab Selendang Perak (KSP) dalam majlis tersebut.

Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA

YB Tuan Howard Lee Chuan How beramah mesra dengan peserta yang terlibat dalam majlis tersebut.

Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA

Pasukan tentera antara unit yang terlibat dalam menjayakan SUKMA Perak 2018.

Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA

Hadirin bersama penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain yang membuat persembahan dalam majlis berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.