Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak Kali Ke 36, 2019 : 30 Januari 2019

Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak  Kali Ke 36, 2019

Penaung Puspanita Perak, Datin Seri Dr Nomee Bt Dato' Mohammed Radzi menyampaikan ucapan dalam mesyuarat agung yang berlangsung.

IPOH, 30 JANUARI 2019 - Lebih 2,000 anggota Puspanita Perak menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak Kali Ke-36, 2019 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pengerusi Puspanita Perak, Puan Sabrina Binti Ainie berkata, beliau secara peribadi mengucapkan setinggi penghargaan kepada setiap perwakilan yang menghadiri mesyuarat berkenaan selaras dengan kehendak peraturan perlembagaan persatuan.

“Kepada ahli-ahli Puspanita Perak, tahniah diucapkan kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ahli bagi menghadiri mesyuarat agung perwakilan selaras dengan kehendak peraturan perlembagaan persatuan.

“Saya juga mengalu-alukan kehadiran dif-dif jemputan, para perwakilan dan pemerhati ke majlis ini kerana dengan kehadiran semua merupakan satu penghargaan dan tanda sokongan buat Puspanita Perak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ucapan aluan sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak Kali Ke 36 Tahun 2019.

Terdahulu, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Penaung Puspanita Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Binti Dato’ Mohammed Radzi.

Turut hadir, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said dan YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman.     

Beliau berkata, Puspanita Perak perlu merancang dengan berhemah khususnya bagi aktiviti pada tahun ini memandangkan situasi ekonomi semasa yang agak kurang memberangsangkan.

“Diharap kerajaan negeri akan membantu Puspanita Perak daripada segi dana agar program-program atau aktiviti-aktiviti persatuan dapat dilaksanakan demi kebajikan ahli-ahli,” kata beliau.

Selain itu, Puan Sabrina Binti Ainie berkata, sokongan padu daripada kerajaan negeri amat dihargai selain membuktikan kepekaan bagi membantu mana-mana persatuan dalam menjaga keharmonian negara dan rakyat.

Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak  Kali Ke 36, 2019

Pengerusi Puspanita Perak, Puan Sabrina Binti Ainie ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak Kali Ke-36.

Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak  Kali Ke 36, 2019

Antara perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak Kali-36.

Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak  Kali Ke 36, 2019

Penaung Puspanita Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Binti Mohammed Radzi merasmikan Mesyuarat Agung Puspanita Perak Kali Ke-36.

Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak  Kali Ke 36, 2019

YB Pegawai Kewangan, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said antara tetamu kehormat yang hadir dalam mesyuarat agung tersebut.

Lebih 2,000 Perwakilan Puspanita Perak Hadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Perak  Kali Ke 36, 2019

Penaung Puspanita Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Binti Mohammed Radzi bersama perwakilan Puspanita Perak yang hadir dalam mesyuarat agung tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.