DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak : 31 Januari 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak

Johan qari, Mohd Kamaruzaman Bin Daud dan johan qariah, Nor Hazira Nabila Binti Mohd Kamal bersama hadiah yang dimenangi.

IPOH, 31 JANUARI 2019- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis penutupan dan penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, MERU.

Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin, anggota exco kerajaan negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri,Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin.

Pada majlis tersebut, baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran yang masing-masing dimenangi Mohd Kamaruzaman Bin Daud dan Nor Hazira Nabila Binti Mohd Kamal.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai wang tunai RM8,000, pakej menunaikan haji bernilai RM10,000, plak dan hadiah iringan.

Dalam pada itu, tempat kedua qari disandang oleh Syamsul Abu Hasan Bin Al-Shaari manakala qariah pula, Nor Salwa Binti Razali dan tempat ketiga qari dimenangi Mohamad Shahran Bin Tarmizi dan qariah Puteri Kalimatul Azwa Binti Hamid.

Pemenang naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000 berserta sijil dan hadiah iringan.

Kesemua pemenang qari dan qariah hafazan bagi kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk menerima hadiah wang tunai bermula RM1,000 hingga RM8,000 berserta plak dan hadiah iringan.

Kesemua johan qari dan qariah tilawah serta hafazan akan mewakili negeri ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan, dari 17 hingga 22 Mac ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan hadir ke majlis penutupan dan penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qariah, Nor Hazira Nabila Binti Mohd Kamal.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada johan hafazan 1-30 juzuk.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak

Johan qari dan qariah hafazan  bersama hadiah yang dimenangi.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Perak

Johan qari, Mohd Kamaruzaman Bin Daud memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran.

Sumber : Korporat, SUK Perak.