Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019 : 14 Februari 2019

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama barisan Exco dan Ahli SPA Perak yang baru dilantik.

IPOH, 14 FEBRUARI 2019 - Kerajaan negeri telah meluluskan cadangan bagi Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2019 dan ianya akan mula berkuat kuasa pada 1 April tahun ini.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, langkah tersebut antara lain bertujuan menyelaraskan Dasar Perumahan Negeri dengan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018–2025.

Beliau berkata, antara penambahbaikan yang dilaksanakan ialah menyelaraskan harga Rumah PerakKu berdasarkan lokasi bandar (Zon A) dan luar bandar (Zon B).

“Rumah PerakKu Kos Rendah bagi Zon A akan dijual dengan harga RM90,000 ke bawah dan Zon B akan dijual dengan harga RM70,000 ke bawah.

“Bagi Rumah PerakKu Kos Sederhana, untuk Zon A, ia akan dijual pada harga RM90,001 sehingga RM180,000 sementara Zon B, ia akan dijual dalam RM70,001 sehingga RM140,000.

“Rumah PerakKu Mampu Milik pula, bagi Zon A, ia akan dijual pada harga RM180,001 sehingga Rm250,000 dan Zon B, akan dijual pada harga RM140,001 sehingga RM240,000,” ujar beliau pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Menurut beliau, semua pemaju yang ingin menjalankan pembangunan di Perak mesti mendaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) terlebih dahulu.

“Pihak Jabatan Perumahan Negara juga perlu merujuk kepada LPHP sebelum sesuatu permit pengiklanan dan lesen pemajuan perumahan diluluskan kepada syarikat pemaju perumahan di Perak.

“Dengan ini Kerajaan Negeri, melalui LPHP dapat memantau pembangunan dan pematuhan dasar perumahan sesuatu projek perumahan yang dilaksanakan di negeri Perak,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata, diskaun sebanyak lima peratus untuk harga rumah dan kuota 20 peratus untuk golongan Bumiputera bagi projek perumahan oleh pemaju swasta, masih dikekalkan.

Namun, ujar beliau, proses penjualannya akan dipercepatkan daripada dua tahun kepada enam bulan, bagi mengelakkan lambakan rumah yang tidak terjual.

“Kalau boleh kita mahu tingkatkan kepada 20 atau 30 peratus, supaya kita dapat membantu lebih ramai kaum Bumiputera yang susah. Ini tanggungjawab kita membantu golongan berpendapatan rendah.

“Ia termasuk juga dengan kadar penalti dan pelepasan kuota Bumiputera yang disebutkan. Duit itu kita akan gunakan untuk membina lebih banyak rumah kos rendah,” kata beliau.

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra dengan Ahli SPA Perak dalam majlis berkenaan.

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi SPA Perak, YDH Dato' Pahlawan Hasnan Bin Hassan.

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan watikah pelantikan Ahli SPA Perak kepada Tuan Haji Tarmizi Bin Abd Manap.

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan watikah pelantikan Ahli SPA Perak, YBhg Dato' Haji Mat Lazim Bin Idris.

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan watikah pelantikan Ahli SPA Perak kepada YBhg Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang.

Kerajaan Negeri Lulus Cadangan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menunjukkan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018–2025 kepada pihak media.

Sumber : Korporat, SUK Perak.