DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT : 19 Februari 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama pimpinan kerajaan negeri dalam Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan.

IPOH, 19 FEBRUARI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 Peringkat Negeri Perak di taman tema Lost World of Tambun (LWOT).

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis yang dihadiri kira-kira 40,000 pengunjung itu.

Turut berangkat ke majlis, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda, Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Yang turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Asyikin Binti Dato’ Muhammad Radzi; YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Tuan Howard Lee Chuan How.

Sempena sambutan itu pengunjung berpeluang memasuki taman tema secara percuma bermula pada jam 2 petang sehingga 6 petang.

Sementara itu, YB Tuan Howard Lee Chuan How ketika berucap pada program itu berkata, penganjuran program itu yang penuh dengan kemeriahan jelas membuktikan kekuatan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Perak.

“Semoga tahun baharu ini akan membawa tuah, kejayaan, pencapaian yang baik dan kegembiraan kepada kita semua terutamanya bagi Kerajaan Perak dalam menghadapi cabaran bakal mendatang.

“Kunci kemajmukan ini pastinya atas semangat toleransi yang jitu antara kaum di negara ini antara masyarakat Melayu, Cina dan India serta Orang Asli yang berterusan hidup dalam keharmonian dan saling bekerjasama membangunkan negeri yang kita cintai bersama,” kata beliau.

Sambutan program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan daripada pelbagai agensi dan persatuan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT

Antara persembahan yang dilakukan sempena sambutan Tahun Baharu Cina berkenaan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah ketika tiba pada Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menulis kaligrafi sekaligus merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah berkenan beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina tersebut.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Di LWOT DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memberikan angpau kepada kanak-kanak yang terlibat dalam sambutan Tahun Baharu Cina itu.

Sumber : Korporat, SUK Perak.