Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama : 7 Mac 2019

Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berbincang sesuatu bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam semasa lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang.

TAIPING, 7 MAC 2019 - Satu lawatan telah diadakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ke Daerah Larut, Matang dan Selama yang berlangsung pada 7 hingga 9 Mac lalu.

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah, YBhg. KPPA, Dato’ Seri Borhan Bin Dolah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) Puan Nor Sham Binti Rahman.

Turut hadir Pegawai Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, Tuan Mohamed Akmal Bin Dahalan, YBhg. Pengarah Perhutanan Negeri, Dato’ Mohamed Zain Bin Yusop dan YBhg. Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak, Dato’ Ir. Dr Haji Ahmad Anuar Bin Othman. 

Antara lokasi lawatan adalah di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama, Botanical Garden, Taiping Lake Garden, Zoo Taiping dan Bukit Larut.

Lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kepentingan untuk memelihara dan memulihara eko-sistem itu.

Di lokasi sama juga, para peserta juga telah diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti boat ride, Eagle Feeding, Matang Mangrove dan sebagainya.

Selain itu, lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama pula bertujuan mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pentadbiran selain kemudahan yang disediakan agensi berkenaan.

Semua peserta juga telah dibawa mengunjungi Botanical Garden dan Taiping Lake Garden yang menjadi antara kawasan tumpuan pengunjung di Taiping.

Di Zoo Taiping pula, antara aktiviti dijalankan adalah Night Safari yang bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman melihat beberapa spesies haiwan yang aktif di waktu malam.

Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke sekitar Green Tree Walk Taiping.
Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama Encik Roslee Bin Ahmad Rafie Bahagian Pengurusan Bukit Larut menyampaikan penerangan mengenai Bukit Larut sempena Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke Daerah Larut Matang dan Selama.
Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah bersama YB Tuan Hj Zainal bin Abu Seman melawat kaunter khidmat pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Lawatan KPPA Ke Daerah Larut Matang Dan Selama YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menandatangani buku pelawat semasa lawatan ke Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama.

Sumber : Korporat, SUK Perak.