DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak : 16 Mac 2019

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak.

IPOH, 16 MAC 2019 - DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2019 Persatuan Pandu Puteri Perak yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru.

Turut berangkat DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Perak.

Ketua Pesuruhjaya Cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak, Puan Tee Huey Ghee berkata,  semua ahli Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak telah memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya juga amat berbangga kerana beberapa pemimpin Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

“Saya sendiri mendapat johan kategori Guru Kokurikulum Cemerlang Sekolah Rendah manakala Pesuruhjaya Bahagian Struktur dan Pengurusan merangkap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping, Puan Shaharidah Binti Sahaban telah mendapat tempat keempat kategori Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah.

“Selain itu, Pasukan Pandu Puteri sekolah saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Lian 3, Taiping telah mendapat tempat kelima kategori badan beruniform peringkat negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan 2019 Persatuan Pandu Puteri Perak yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru.

Puan Tee Huey Ghee berkata, beliau berharap kejayaan yang lebih banyak akan di kecapi pada tahun ini di bawah naungan DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

“Besarlah harapan saya agar semua ahli Pandu Puteri Malaysia sentiasa proaktif dalam setiap aktiviti dan program dengan memberi penyertaan di peringkat daerah, cawangan, kebangsaan mahupun antarabangsa khususnya pada tahun ini,” kata beliau.

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bersama jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bersama penerima anugerah Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak DYMM Permaisuri Perak, Tuaku Zara Salim menyampaikan anugerah Pandu Puteri Remaja 2019 kepada M. Ishani.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan anugerah Lencana Jurupertolongan Cemas kepada Puan Maheran Binti Man.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Perak Persembahan choral speaking yang dilakukan ahli Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.