Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini : 16 Mac 2019

Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tuan Tan Kar Hing ketika melancarkan Bas Perak Hop-On Hop-Off.

IPOH, 16 MAC 2019 - Perkhidmatan bas `Hop On Hop Off’ yang bakal diperkenalkan di Ipoh pada 23 Mac ini mampu menarik kunjungan pelancong ke Perak.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tuan Tan Kar Hing berkata, syarikat Perak Transit Berhad adalah operator yang dilantik dan berpengalaman dalam sektor pengangkutan itu.

“Untuk tiga bulan pertama, satu bas separuh berbumbung dan dua bas berbumbung sepenuhnya akan digunakan. Semua bas yang mempunyai separuh bumbung pula akan digunakan sepenuhnya pada Julai ini.

“Setiap sebuah bas akan membabitkan lima pusingan dengan satu pusingan dianggarkan mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit dan keseluruhannya membabitkan 15 pusingan di bandar raya Ipoh,” kata beliau. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Perak 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh. 

Sebanyak 12 stesen terbabit iaitu Terminal Meru Raya, Movie Animation Park Studios, Mahkamah Tinggi Ipoh, Little India, Bandar Lama Ipoh, Telekom Malaysia, Jalan Brewster, Hotel Weil/Ipoh Parade, Gerbang Malam, Octagon, The Majestic dan Masjid Panglima Kinta.

Beliau berkata, perkhidmatan itu juga menggalakkan penyertaan pihak swasta terutama yang terbabit secara langsung di dalam industri pelancongan untuk menaja perkhidmatan berkenaan supaya dapat diteruskan dalam jangka masa panjang.

“Tiket akan mula dijual ketika MATTA Fair di ICC (Ipoh Convention Centre) dan Kuala Lumpur.

“Bagi tujuan memperkenalkan perkhidmatan ini, tambang tiket promosi yang diperkenalkan adalah RM12 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak untuk pelancong domestik manakala RM35 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak untuk pelancong antarabangsa.

“Harga promosi ini ditawarkan sehingga akhir bulan depan dan tiket sah sehingga 31 Disember ini sahaja. Masa beroperasi antara 8.30 pagi hingga 9 malam,” ujar beliau.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Perak di www.tourismperakmalaysia.com.

Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini

Pengurus Pemasaran Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd, Haji Mohd Shafique Bin Harjoh memberi penerangan kepada pengunjung yang ingin mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan syarikatnya.
Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini Bas Hop On Hop Off bakal berfungsi sebagai bas pelancong dalam dan luar negeri.
Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini Antara agensi-agensi pelancongan yang membuka booth sempena Matta Fair Perak 2019.
Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tuan Tan Kar Hing melancarkan journal pelancogan bagi memberi info kepada para pengunjung yang datang ke Perak.
Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Akan Dilancar 23 Mac Ini YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tuan Tan Kar Hing ketika menaiki Bas Hop On Hop Off.

Sumber : Korporat, SUK Perak.