YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama dan Kubu Gajah : 21 Mac 2019

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama Dan Kubu Gajah

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama penerima-penerima agihan keuntungan Ladang Rakyat Segar kawasan Selama dan Kubu Gajah.

SELAMA, 21 MAC 2019 - Satu lawatan kerja melibatkan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama dan Kubu Gajah.

Antara lokasi lawatan adalah di Bazar Pagi Pekan Selama, Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Hospital Selama dan Majlis Daerah Selama.

Lawatan kerja yang dilakukan di Bazar Pagi Pekan Selama adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada para peniaga berkaitan kemudahan, masalah dan penambahbaikan yang perlu disediakan di kawasan itu.

Manakala lawatan di Pejabat Daerah dan Tanah Selama pula adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung perkhidmatan, pentadbiran serta bidang tugas yang tertakluk di bawah seliaan agensi tersebut.

Dalam lawatan ke Hospital Selama pula, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah diberikan taklimat oleh Pengarah Hospital Selama, Dr Khuzaimah Binti Mohd Zain berhubung pelbagai perkara termasuk melibatkan hal-hal kemudahan yang disediakan di Hospital berkenaan.

Selain itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman juga telah hadir dalam Majlis Penyampaian Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Segar membabitkan 303 penerima dalam kawasan DUN Selama dan Kubu Gajah.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama Dan Kubu Gajah

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Selama.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama Dan Kubu Gajah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan ke Hospital Daerah Selama.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama Dan Kubu Gajah YB Setiausaha Kerajaan negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika menyampaikan ucapan dalam taklimat pembangunan daerah.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama Dan Kubu Gajah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika sesi lawatan ke pasar pagi pekan Selama.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Hadir Lawatan Kerja Di Kawasan Dun Selama Dan Kubu Gajah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan wang kepada penerima agihan keuntungan Ladang Rakyat kawasan Selama dan Kubu Gajah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.