28 Individu Dilantik Selaku Penyelaras DUN Perak : 27 Mac 2019

28 Individu Dilantik Selaku Penyelaras DUN Perak

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap pada majlis tersebut.

IPOH, 27 MAC 2019 - Seramai 28 individu telah menerima watikah dan mengangkat sumpah selaku Penyelaras Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Watikah pelantikan itu telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dalam ucapannya berkata,  mengingatkan semua yang terpilih bahawa jawatan itu bukan satu keistimewaan kepada mereka.

“Suka saya mengingatkan bahawa semua yang dilantik perlu memastikan setiap masalah atau kekangan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan mereka, diatasi secara diplomasi dan berhemah.

"Ini adalah amanah yang sangat besar, sebagai duta kerajaan negeri," ujar beliau ketika berucap pada majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah penyelaras DUN Perak.

Hadir sama YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap semua individu yang dilantik akan memberi sepenuh komitmen terhadap bidang tugas yang tertakluk di bawah tanggungjawab mereka.

“Ini bukan perkara main-main dan saya harap semua yang dilantik ini akan menunjukkan prestasi terbaik selain tidak culas dalam menjalankan tanggungjawab,” kata beliau.

28 Individu Dilantik Selaku Penyelaras DUN Perak

Antara Penyelaras DUN yang menandatangani watikah pelantikan selaku Penyelaras DUN.
28 Individu Dilantik Selaku Penyelaras DUN Perak Antara Penyelaras DUN yang mengangkat sumpah dalam majlis yang berlangsung.
28 Individu Dilantik Selaku Penyelaras DUN Perak Salah seorang Penyelaras DUN yang menerima watikah pelantikan daripada YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu.
28 Individu Dilantik Selaku Penyelaras DUN Perak YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama tetamu kehormat dan Penyelaras DUN yang dilantik

Sumber : Korporat, SUK Perak.