Mewujudkan Sebuah Perkhidmatan Yang Unggul - 5 Mac 2014

Kuala Kangsar, 5 Mac 2014 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan menggesa penjawat awam khususnya di Negeri Perak supaya mengamalkan 6 prinsip utama iaitu Keterbukaan, Turun Padang, Musyawarah, Insaniah, Kekitaan dan Kerjasama Awam bagi mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang unggul .

Prinsip ini merupakan prinsip yang telah diperkenalkan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara , Tan Sri Dr Ali bin Hamsa untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai sebuah perkhidmatan rakyat.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Pejabat Daerah Kecil Sg. Siput dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Seramai 47 orang penerima dipilih bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 yang disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan. Daripada keseluruhan 47 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terpilih, 23 penerima adalah dari kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, 10 penerima dari Pejabat Daerah Tanah Kuala Kangsar dan 14 penerima dari Pejabat Daerah Tanah Sungai Siput.

Turut hadir Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YABhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Dato’ Seri Wan Mohd. Fathir@ Wan Fadzir bin Wan Hussain; YB ADUN Lubok Merbau, Dato’ Siti Salmah bt. Mat Jusak; YB ADUN Lintang, Dato’ Zolkafly bin Harun; YB ADUN Bukit Chandan, En Maslin Sham bin Razman dan YB ADUN Chenderoh, En. Zainun bin Mat Noor.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bergambar kenangan bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
YB Dato' Abdul Puhat menyampaikan sijil Anugerah Cemerlang kepada salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
YB Dato' Abdul Puhat menyampaikan sijil Anugerah Cemerlang kepada salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.
YB Setiausaha Kerjaan Negeri beramah mesra dan bersalaman bersama penjawat awam yang hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013.
YB Setiausaha menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Sumber: Korporat, SUK Perak.