167 Individu Hadiri Mesyuarat Auegcas Perak : 22 April 2019

167 Individu Hadiri Mesyuarat Auegcas Perak

Antara ahli AUEGCAS yang hadir pada mesyuarat agung yang berlangsung.

IPOH, 22 APRIL 2019 - Gabungan Kesatuan Pekerja–Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan bertempat di Dewan Saidina Omar, Intim Jalan Raja Musa Mahadi Ipoh.

Mesyuarat Agung yang dihadiri seramai 167 ahli AUEGCAS dari seluruh Negeri Perak ini telah disempurnakan Majlis Perasmiannya oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Puan Rozalinawati Binti Che Roslee selaku wakil YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman.

Turut hadir, Pengerusi AUEGCAS Perak, Encik Ibrahim Ngajimi Bin Mat dan Penolong Setiausaha AUEGAS Kebangsaan, En Amir Hamzah Bin Yakatal.

Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian cek persaraan kepada ahli-ahli yang bakal bersara dan penyampaian cek hadiah anak cemerlang.

Selain itu, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa AUEGAS Perak sesi 2016- 2019 kepada seramai 14 orang dan Sijil Pro AUEGCAS Perak kepada 20 orang terdiri dari pelbagai Jabatan dan Daerah di Negeri Perak.

Penolong Setiausaha AUEGAS Kebangsaan, Encik Amir Hamzah Bin Yakatal yang ditemui di majlis tersebut mengucapkan setinggi penghargaan kepada kerajaan kerana kolaborasi baik antara pihak kerajaan dan AUEGAS yang terjalin selama ini.

“Saya harap agar kolaborasi baik antara AUEGAS dan kerajaan ini akan berterusan dan pada masa sama juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerajaan Negeri Perak kerana banyak membantu AUEGAS Perak dari segala aspek termasuk dari segi kewangan,” kata Encik Amir Hamzah Bin Yakatal yang merupakan mantan Setiausaha AUEGAS Perak.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa isu yang telah dibawa terutamanya melibatkan penambahbaikan skim pembantu tadbir.

Pada Mesyuarat Agung Tri Tahunan ini juga, AUEGCAS Perak telah melantik jawatankuasa yang baharu iaitu bagi sesi 2019-2022, dimana Wan Mohamad Roslan Bin Wan Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi AUEGCAS Perak menggantikan En Ibrahim Ngajimi Bin Mat.

167 Individu Hadiri Mesyuarat Auegcas Perak Salah seorang ahli AUEGCAS ketika mengajukan soalan kepada pihak urusetia yang bertanggungjawab dalam mengendalikan mesyuarat agung berkenaan.
167 Individu Hadiri Mesyuarat Auegcas Perak Puan Rodziah Binti Abd Raoff menerima cek persaraan daripada Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM), Puan Rozalinawati Binti Che Roslee dalam majlis tersebut.
167 Individu Hadiri Mesyuarat Auegcas Perak Pihak urusetia yang bertanggungjawab dalam melancarkan mesyuarat agung AUEGCAS yang diadakan.
167 Individu Hadiri Mesyuarat Auegcas Perak Jawatankuasa baharu AUEGCAS yang dilantik bagi sesi 2019 hingga 2022.

Sumber : Korporat, SUK Perak.