95 Penjawat Awam Negeri Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2018 : 29 April 2019

95 Penjawat Awam Negeri Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2018

YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi bersama sebahagian penerima APC 2018.

IPOH, 29 APRIL 2019 - Seramai 95 penjawat awam negeri menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, semua penerima anugerah berkenaan terdiri dikalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Perpustakaan Negeri, Pejabat Mufti Perak dan Perbadanan Taman Negeri.

“Pemilihan penerima anugerah ini adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012, di samping jumlah penerima adalah sebanyak lapan peratus daripada keanggotaan pegawai awam di sesebuah jabatan.

“Anugerah ini juga diberikan kepada penerima sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai mengikut tahun perkhidmatan,” ujar beliau ketika berucap pada majlis yang berlangsung.

Hadir sama YB Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Tuan Haji Asmuni Bin Awi; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Rohana Binti Abdul Malek dan YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said.

Beliau berkata, selain sijil penghargaan, para penerima juga turut menerima Sijil Simpanan Premium berjumlah RM1000.

“Anugerah yang diterima ini, diharapkan menjadi pemangkin kepada hasil dan mutu kerja kita pada masa hadapan. Kepada yang lain, saya yakin anda juga akan sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang berkhidmat ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, beliau berharap semua penjawat awam negeri akan memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu selaku pemimpin yang telah mendapat mandat daripada rakyat untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“Tidak salah untuk saya nyatakan bahawa kita perlu memberikan yang terbaik kerana bukan sahaja tanggungjawab bahkan merupakan kepercayaan rakyat kepada kita,” ujar beliau.

95 Penjawat Awam Negeri Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2018 YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi bersama para penerima APC 2018.
95 Penjawat Awam Negeri Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2018 YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Faridah Binti Mohamad Tamjis.
95 Penjawat Awam Negeri Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2018 YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Daerah Hulu Perak, Encik Zulhisham Bin Ahmad Shukori.

Sumber : Korporat, SUK Perak.