Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadhan Dilancar : 6 Mei 2019

Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadhan Dilancar

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap dalam majlis yang berlangsung.

TAPAH, 6 MEI 2019 - Jabatan Kesihatan Perak hari ini melancarkan operasi keselamatan makanan bersempena bulan Ramadhan bagi memastikan elemen kebersihan dipatuhi demi keselamatan orang awam.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, pihaknya tidak mahu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada tahun lalu berulang setelah memakan roti jala yang dibeli di bazar Ramadhan di Titi Gantung, Bota.

“Oleh itu, kita mengambil peluang mendekati golongan peniaga bazar Ramadhan untuk menandatangani aku janji keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang dikendalikan adalah bersih dan selamat.

“Langkah ini bagi memastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri dan premis makanan dengan memenuhi peraturan di bawah Akta Makanan 1983,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan operasi berkenaan di Dewan Merdeka Tapah.

Hadir sama YBhg Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Dato’ Dr. Ding Lay Ming.

Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu menyeru para peniaga bazar Ramadan supaya mengikuti peraturan yang ditetapkan selain memastikan harga jualan makanan tidak dinaikkan dengan sesuka hati.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memilih makanan yang sihat ketika berbuka puasa.

Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadhan Dilancar YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika melancarkan operasi keselamatan makanan di Dewan Merdeka Tapah.
Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadhan Dilancar Peniaga yang sibuk melayani pelanggan di bazar Ramadhan pekan Tapah.
Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadhan Dilancar YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika melakukan lawatan di bazar Ramadhan di pekan Tapah.
Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadhan Dilancar Orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadhan di pekan Tapah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.