Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah : 13 Mei 2019

Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan serta memperkenankan pertukaran nama Masjid Daerah Tapah kepada Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

TAPAH, 13 MEI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  berkenan berangkat merasmikan Masjid Daerah Tapah serta berbuka puasa di masjid berkenaan.

Keberangkatan baginda disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato’ Mohd Yusop Bin Husin.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan gimik perasmian serta memperkenankan pertukaran nama Masjid Daerah Tapah kepada Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sementara menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan agihan zakat sebanyak RM140,500 kepada Penghulu Mukim Sungkai (RM71,500), Chenderiang (RM36,500), Batang Padang (RM19,750) dan Bidor (RM12,750) yang mewakili keseluruhan 562 penerima.

Baginda turut berkenan menyaksikan penyampaian replika cek zakat fisabilillah berjumlah RM25,000 oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak diwakili oleh Pengurus Besarnya, Dato’ Raja Abd. Jalil Bin Raja Zaid kepada Pengerusi Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah beramah mesra bersama para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama penghulu mukim yang menerima agihan zakat berbentuk bantuan Aidilfitri.
Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan agihan zakat bantuan Adilfitri kepada penghulu mukim Daerah Batang Padang.
Masjid Daerah Tapah Dinamakan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.