Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019 : 15 Mei 2019

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019

Antara kakitangan SUK Perak yang mengambil bahagian dalam program gotong royong menyediakan bubur lambuk.

IPOH, 15 MEI 2019 - Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini.

Selain melibatkan warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, edaran itu turut melibatkan 31 jabatan dan badan berkanun negeri seperti Tourism Perak, Lembaga Air Perak (LAP), Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, Jabatan Pembangunan Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak, Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan lain-lain.

Majlis penyerahan bubur lambuk itu telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Tuan Haji Asmuni Bin Awi.

Turut hadir YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bin Bari dan YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, YB Howard Lee Chuan How.

Dalam majlis berkenaan, YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi berkata, beliau melahirkan penghargaan kepada warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program tersebut.

Selain itu katanya, penyerahan bubur lambuk itu juga suatu perkara yang amat digalakkan kepada umat Islam terutama di bulan Ramadhan.

“Saya juga turut berharap majlis seumpama ini akan diteruskan pada tahun akan datang dan akan diadakan dengan lebih meriah,” kata beliau dalam ucapannya.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019 Antara kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) yang mengambil bahagian dalam program gotong royong menyediakan bubur lambuk.
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019 Antara kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang mengambil bahagian dalam program gotong-royong menyediakan bubur lambuk.
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019 Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman menyampaikan bubur lambuk kepada YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi.
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019 YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi menyampaikan bubur lambuk kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, YB Howard Lee Chuan How.
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2019 Antara pihak yang mendapat bubur lambuk sempena Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat SUK Perak 2019.

Sumber : Korporat, SUK Perak.