Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri : 15 Mei 2019

Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika berucap dalam wacana yang berlangsung.

IPOH, 15 MEI 2019 - Satu Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak telah diadakan di Kelab Golf Diraja Perak.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah menghadiri program tersebut yang bermula sekitar jam 4.30 petang hingga 9.45 malam.

Dalam program berkenaan juga seramai 80 peratus Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Perak telah hadir mengikuti program anjuran Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Antara intipati program adalah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menggesa supaya setiap penghulu perlu menjalinkan kerjasama erat bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dilantik di kawasan mereka.

Perkara itu dianggap penting kerana ia mampu memudahkan kerja dan urusan kedua-dua pihak dalam menyalurkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Selain itu, beliau turut menegaskan kerajaan negeri berkemungkinan memberikan elaun keraian kepada penghulu untuk mengadakan pelbagai program melibatkan penduduk kampung di kawasan mereka.

Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama penghulu penggawa yang terdiri dikalangan kaum wanita.
Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama penghulu penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Perak.
Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Hai Zainal Azman Bin Abu Seman beramah mesra dengan penghulu penggawa yang hadir dalam program tersebut.
Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Salah seorang penghulu penggawa mengajukan soalan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dalam sesi dialog wacana tersebut.
Program Wacana Ilmu Ramadan Kesatuan Penghulu Penggawa Sememnanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika menunaikan solat terawih sempena program yang berlangsung.

Sumber : Korporat, SUK Perak.