200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" : 17 Mei 2019

200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei"

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), YBrs Puan Norsham Binti Rahman menyampaikan penghargaan kepada PU Yop selepas tamat ceramah yang berlangsung.

IPOH, 17 MEI 2019 - Lebih 200 peserta yang terdiri di kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menghadiri ceramah 'Ramadan First Class baru Handei" yang menampilkan PU Yeop selaku penceramah.

Ceramah itu telah diadakan selama satu jam 20 minit bermula sekitar jam 8.10 pagi hingga 9.30 pagi di Dewan Serbaguna SUK Perak. 

Ceramah anjuran Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) itu bertujuan untuk mengimarahkan selain memberi kesedaran kepada semua peserta berkaitan keberkatan dan kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan.

Selain itu, ceramah seumpama itu turut akan diadakan pada hari Jumaat setiap minggu dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.

200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" PU Yop ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk Ramadan First Class Baru handei.
200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) YBrs Puan Norsham Binti Rahman antara tetamu kehormat yang hadir dalam ceramah agama tersebut.
200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" Antara penjawat awam negeri terdiri di kalangan wanita yang hadir dalam ceramah agama berkenaan.
200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" Antara kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang hadir pada ceramah yang berlangsung.
200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" PU Yop bersama peserta yang terdiri di kalangan penjawat awam negeri yang hadir dalam ceramah tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.