DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 : 27 Jun 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019

Persembahan yang dilakukan para pelajar Kebudayaan UPSI.

TANJUNG MALIM, 27 JUN 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Konsert Diraja 2019 'Sepanjang Jalan Kenangan' yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Keberangkatan baginda berdua diiringi DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu bersama barisan Exco Kerajaan Perak, YBhg Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dato Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran.

Konsert selama 90 minit yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah ini diadakan bersempena Ulang Tahun Keputeraan baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sebanyak 15 buah lagu dipersembahkan oleh kumpulan Okestra UPSI pimpinan Profesor Madya Zaharul Lailiddin Bin Saidon selaku Pengarah Muzik, Pengurus Orkestra, Encik Zamrus Bin Hashim, Pengarah Vokal, Encik Mohd Amri Bin Mohd Zain, dan Pengarah Tari, Encik Abdul Hamid Bin Chan melibatkan 61 pemuzik, 33 penyanyi dan 40 penari.

Antara lagu-lagu yang dimainkan pada malam ini ialah Mentera Semerah Padi, Delailah, Despacito, Avangers Endgame, Sepanjang Jalan Kenangan, O Sole Mia/Kopi Dangdut dan Nyerongen.

Tema konsert 'Sepanjang Jalan Kenangan' pula dipilih sebagai mengimbau kembali perkembangan sebuah institusi pendidikan pertama di Malaysia merentas pelbagai era untuk mencapai kejayaan bermula dari Sultan Idris Training College (SITC) yang diasaskan pada tahun 1922.

Perjalanan hampir 97 tahun ini (SITC-MPSI-IPSI-UPSI) meninggalkan kenangan yang bermakna kepada seluruh alumni ketika menuntut di institusi yang bergelar Ibu Kandung Suluh Budiman.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 Orkestra UPSI yang mengiringi persembahan para pelajar kebudayaan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 Persembahan nyanyian oleh pelajar kebudayaan UPSI di konsert terbabit.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika berangkat meninggalkan majlis.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu jemputan ketika menyaksikan Konsert Diraja berkenaan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyambut ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Konsert Diraja berkenaan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Konsert Diraja 2019 Antara tetamu yang turut hadir menyaksikan konsert tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.