1000 Warga Kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019 : 26 Jun 2019

1000 Warga Kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama sebahagian warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019.

IPOH, 26 JUN 2019 - Lebih 1,000 warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019 di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Majlis yang bertemakan Vintage Raya 2019 itu turut diceriakan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Bin Dato’ Mohammed Radzi.

Turut hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan isteri Puan Sabrina Binti Ainie.

Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi itu diserikan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Selendang Perak, wakil media dan warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pada majlis itu juga Pejabat Kewangan Negeri Perak telah dinobatkan selaku johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000 bagi kategori gerai terbaik.

Manakala tempat kedua bagi kategori sama dimenangi oleh Pejabat YAB Menteri Besar Perak yang menggondol hadiah wang tunai RM 500.

Tempat ketiga pula menjadi milik Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM) yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.

Sementara itu bagi kategori pakaian terbaik Hari Raya 2019 lelaki, ia telah dimenangi oleh Encik Mat Nor Zari Bin Arshad daripada Kompleks Sejarah Pasir Salak manakala bagi kategori wanita Puan Fatimah Azzaharah Binti Mohd Nazri telah dinobatkan selaku pemenang.

Kedua-dua mereka telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100.

1000 Warga Kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019   YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019.
1000 Warga Kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019   YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad faizal Bin Dato' Azumu bersama warga kerja Pejabat Penasihat Undang-Undang pada sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019.
1000 Warga Kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019   Pejabat Kewangan Negeri dinobatkan selaku juara pada Pertandingan Gerai #VintageRaya tercantik.
1000 Warga Kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019   YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri SUK Perak 2019.

Sumber : Korporat, SUK Perak.