5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang : 4 Ogos 2019

5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang

YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim menandatangani papan tanda grafiti selepas merasmikan majlis tersebut.

IPOH, 4 OGOS 2019  -  5,000 rakyat Negeri Perak terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur hadiri memeriahkan pelancaran bulan kebangsaan dan kempen kibar jalur gemilang peringkat negeri yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, multimedia dan NGO Tuan Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Sempena majlis pelancaran tersebut, rakyat diseru untuk berbangga dan menghayati maksud Jalur Gemilang  untuk menunjukkan betapa kita sememangnya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

“Sebagai contoh, warna merah pada Jalur Gemilang melambangkan keberanian, kesanggupan dan kegigihan anak Malaysia untuk melalui pelbagai rintangan demi memajukan negara.

Sebagai anak jati Malaysia, kita seharusnya menanam sifat tersebut secara positif di dalam diri masing-masing demi menyatakan perkara-perkara benar dan menjauhi perkara merosakkan yang pada akhirnya menghancurkan negara seperti rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau menjadi hamba kepada Allah”, ujar beliau ketika membacakan teks ucapan mewakili YAB Menteri Besar Perak

Turut hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pemabungan Wilayah, Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Nor Sham binti Rahman dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Tuan Haji Mu’az bin Haji Zawawi.

Melalui ucapan pelancaran tersebut, rakyat turut diseru menghayati tema hari kebangsaan tahun ini iaitu ’Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”

“Jika kita sentiasa menerapkan rasa kasih dan saying terhadap negara. Insya Allah kita tidak sama sekali tidak akan melakukan perkara-perkara yang kotor dan keji yang pada akhirnya menjahanamkan negara ini,” jelas beliau.

Pada majlis sama, beliau turut menyempurnakan pelepasan konvoi 30 kenderaan mewakili pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Perak yang akan menjelajah ke semua daerah di Negeri Perak sehingga 31 Ogos ini.

5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim ketika melancarkan perasmian Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri.
5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim bersama tetamu kehormat menyanyikan lagu Jalur Gemilang pada majlis perasmian tersebut.
5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim bersama para pengunjung yang menyertai majlis perasmian tersebut.
5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim menyempurnakan pelepasan konvoi kenderaan jabatan yang akan menjelajah ke semua daerah di Perak.
5,000 Meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim menyampaikan Jalur Gemilang kepada Datuk Bandar Ipoh, Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim.

Sumber : Korporat, SUK Perak.