DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 : 15 September 2019

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019

DYMM Raja Permaisuri Perak berkenan menyaksikan Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019.

IPOH, 15 SEPTEMBER 2019 - DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menghadiri Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Padang Ipoh.

Hadir sama menyaksikan kejohanan berkenaan adalah YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak, Tuan Howard Lee Chuan How dan YBhg Datuk Bandar Ipoh, Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim. 

Dalam kejohanan itu, Terengganu muncul juara kategori kelompok utama atau 'Men Core' Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan 24-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung. 

Dalam Kategori Terbuka Wanita, Johor berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Perak 17-5 hasil conversion dan satu try.

Terdahulu dalam Kategori Lelaki Qualifier iaitu saingan bagi melayakkan penyertaan kelapan pasukan elit musim depan, Sabah mengalahkan Perlis, 14-0.

Bagi aksi Lelaki Bawah 20 tahun, Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 28-7, manakala kategori Wanita Bawah 20 tahun, Labuan mengalahkan Sabah 15-10 untuk muncul juara bagi kategori masing-masing.

Dalam pada itu, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan menyampaikan hadiah kepada negeri yang memenangi setiap kategori dalam kejohanan terbabit.

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan bergambar bersama pasukan Terengganu yang menjuarai kategori 'Men Core' dalam Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan bergambar bersama pasukan Perak yang muncul naib juara bagi kategori Terbuka Wanita dalam Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 Bekas pemain-pemain ragbi Perak turut hadir menyaksikan Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Padang Ipoh.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 Aksi perlawanan akhir membabitkan pasukan Perak menentang Johor bagi kategori Terbuka Wanita.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Berkenan Hadir Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 Antara aksi perlawanan akhir membabitkan pasukan Terengganu menentang Kelantan bagi kategori Men Core.

Sumber : Korporat, SUK Perak.