Taman Awam Gua Tok Giring Sedia Fasiliti Untuk Penduduk Setempat : 11 Oktober 2019

Taman Awam Gua Tok Giring Sedia Fasiliti Untuk Penduduk Setempat

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menandatangani Plak Perasmian Taman Awam Gua Tok Giring, lenggong.

LENGGONG, 11 OKTOBER 2019 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman telah merasmikan Taman Awam Gua Tok Giring, Lenggong sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2019 Peringkat Negeri Perak, hari ini.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, PLANMalaysia, Puan Hajah Rohani binti Md Hashim dan YBrs. Pengarah PLANMalaysa Negeri Perak, Puan Jasmiah binti Ismail. 

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam ucapan beliau menyatakan harapannya agar kemudahan fasiliti di Taman Awam Gua Tok Giring ini dijaga selaras dengan tema Sambutan HPBS 2019 pada tahun ini iaitu "Green and Community, Together is Better" yang bermaksud Hijau dan Komuniti, Bersama Lebih Baik.

"Saya percaya bahawa pihak berkuasa tempatan termasuk DO dan YDP mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan Taman Gua Tok Giring terus mengekalkan keceriaan, kehijauan dan juga fasiliti dan kemudahan untuk kegunaan poenduduk setempat,” ujar beliau.

Projek pembangunan Taman Awam Gua Tok Giring ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk memperindahkan kawasan ini secara tidak langsung menyediakan ruang untuk komuniti Kampung Lenggong dari pelbagai lapisan umur untuk menjalankan aktiviti sukan dan berinteraksi sesama penduduk.

Taman awam yang terletak berhampiran dengan pintu Gua Tok giring ini turut menyediakan beberapa kemudahan seperti kemudahan kedai runcit, tandas awam, gazebo, taman permainan kanak-kanak, gelanggang petanque, laluan pejalan kaki dan ruangan parkir awam serta ruang food truck.

Terdahulu, Sambutan HSPB 2019 disambut meriah oleh 300 penduduk setempat yang turut serta dalam pelbagai aktiviti disediakan seperti pertandingan mewarna, pertandingan petanque, dan pertandingan tarik tali.

Selain itu, pelbagai khemah pameran dari agensi-agensi kerajaan, unit beruniform dan institusi pendidikan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Pertubuhan Pemulihan Komuniti Lenggong, Pejabat Pergigian Daerah Lenggong, Klinik Kesihatan Lenggong, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Kolej Komuniti Chenderoh, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik.

Taman Awam Gua Tok Giring Sedia Fasiliti Untuk Penduduk Setempat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menanam pokok sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.
Taman Awam Gua Tok Giring Sedia Fasiliti Untuk Penduduk Setempat Taman Awam Gua Tok Giring, lenggong.
Taman Awam Gua Tok Giring Sedia Fasiliti Untuk Penduduk Setempat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang DiPertua Lenggong.
Taman Awam Gua Tok Giring Sedia Fasiliti Untuk Penduduk Setempat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melawat pameran semasa Majlis Perasmian Taman Awam Gua Tok Giring, lenggong.

Sumber : Korporat, SUK Perak.