Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir : 30 Oktober 2019

Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir.

BAGAN SERAI, 30 OKTOBER 2019 - YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Binti Ismail menegaskan bangunan kerajaan atau kuarters guru yang kosong boleh dimanfaatkan sebagai pusat penempatan sementara bagi mangsa banjir.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima cadangan berkenaan dan ia boleh dipertimbangkan bagi memberikan keselesaan kepada mangsa banjir. 

“Kita ada bincang masalah itu kerana kita tak mahu ia (penempatan sementara) mengganggu waktu pembelajaran di sekolah. 

“Pada masa hadapan, jika terdapat banyak tempat yang tak digunakan, ia boleh dimanfaatkan dan pada masa yang sama tidak mengganggu pembelajaran di sekolah,” ujar beliau. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lobak. 

Hadir sama YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Tuan Abdul Yunus Bin Jamhari dan YB Ahli Parlimen Bagan Serai, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali dan YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said.   

Tambah beliau, cadangan menggunakan bangunan kerajaan dan kuarters guru yang tidak digunakan itu juga akan membolehkan risiko kesihatan diminimumkan kerana tandas tidak dikongsi oleh terlalu ramai. 

Beliau berkata, keutamaan kerajaan ialah kaedah dilakukan untuk mengatasi masalah banjir daripada berulang. 

“Kita ada bincang bagaimana nak belajar dari Belanda (kaedah menangani banjir) kerana kedudukan negara itu di bawah paras laut, tetapi untuk jangka masa panjang ia mungkin memakan kos yang tinggi,” kata beliau. 

Dalam pada itu, YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit bermesra dengan mangsa banjir di pusat penempatan sementara SK Sungai Lobak.

Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail mendengar penerangan yang diberikan berkaitan pusat penempatan mangsa banjir SK Sungai Lobak.
Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Ismail meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Lobak.
Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail ketika tiba di pusat penempatan sementara mangsa banjir di SK Sungai Lobak.
Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir SK Sungai Lobak dijadikan sebagai pusat penempatan sementara bagi mangsa banjir di Bagan Serai.
Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir Antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara SK Sungai Lobak.
Kerajaan Pertimbang Guna Bangunan Kerajaan Kosong Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail mendukung Nuradriana Sofia Binti Muhamad Zaikri di pusat penempatan mangsa banjir di SK Sungai Lobak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.