YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim Dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu : 18 Disember 2019

YAB Menteri Besar Perak merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Fasa Satu di Taman Tualang Sekah min

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama ketua jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

IPOH, 18 Disember 2019 - YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim hari ini memulakan tugasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh sejak 1 Julai 2019.

Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terdahulu, beliau turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di Kuala Lumpur, semalam.

YB_Dato_Ahmad_Suaidi_bin_Abdul_Rahim_bersalaman_dengan_pegawai-pegawai YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bersalaman dengan pegawai-pegawai.
YB_Dato_Ahmad_Suaidi_bin_Abdul_Rahim_mengetik_pas_pejabat_sebelum_memulakan_tugasan_sebagai_Setiausaha_Kerajaan_Negeri_yang_baharu YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim mengetik pas pejabat sebelum memulakan tugasan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.
YB_Setiausaha_Kerajaan_Negeri_Perak_menandatangani_nota_serah_tugas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menandatangani nota serah tugas.
Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama ketua ketua jabatan Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama ketua ketua jabatan

Sumber : Korporat, SUK Perak.