Penjawat Awam Negeri Diseru Untuk Terus Fokus Dan Kekal Dalam Memberi Komitmen : 3 Januari 2020

Penyampaian Kad Hari Lahir kepada staff

Penyampaian Kad Hari Lahir kepada staff.

Ipoh, 3 Januari 2020 – Penjawat awam Negeri Perak diseru untuk terus fokus dan kekal dalam memberi komitmen terhadap tugas dan pembaharuan yang akan dilaksanakan.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian bagi memastikan keyakinan pelabur dan rakyat dikekalkan.

Ianya sejajar dengan hasrat YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu agar penjawat awam terus berdaya tahan dan mampan serta inklusif kepada rakyat.

 ÃƒÆ’¢â‚¬Å“Penyampaian perkhidmatan di peringkat negeri perlu diperkemaskan sebagaimana tanggungjawab kita semua dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat,”

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Dewan Serbaguna sebentar tadi.

Turut hadir, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Puan Nor Sham binti Rahman.

Beliau berkata, penjawat awam di semua peringkat hendaklah turut menghayati dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diperkenalkan bagi mengimbangi taraf hidup rakyat serta mengurangkan perbezaan pendapat antara golong T20 dan B40.

“Pelaksanaan program dan inisiatif perlulah lebih komprehensif supaya setiap keputusan dan perancangan kerajaan negeri akan memberikan impak yang berpanjangan kepada rakyat,” ujar beliau.

Selain itu, beliau turut mengajak penjawat awam negeri ini agar melihat kembali fungsi utama penjawat awam dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan hari ini.

“Penjawat awam merupakan komponen yang memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan dan keteguhan pentadbiran sama ada di peringkat negeri mahupun negara,” kata beliau.

Hal ini seiring dengan aspirasi “Back to Basic” yang ditekankan oleh mantan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ismail Hj Bakar yang mana terdapat 12 komponen penting yang ditekankan beliau.

Antara elemen tersebut adalah, doktrin pengasingan kuasa; hindari rasuah; saya yang menjalankan amanah; menjalankan perkara yang betul; perkhidmatan yang mesra rakyat; berkhimat secara profesional; integriti sentiasa diutamakan; pengurusan perubahan; kecekapan dan keberkesanan; tadbir urus yang baik; menguasai teknologi dan tingkatkan kompetensi.

“Jika dilihat secara keseluruhan, ini adalah elemen penting dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti dan berkompetensi dalam semua peringkat, negeri, kerajaan tempatan mahupun daerah,” katanya.

Beliau juga mengharapkan kerjasama semua pihak agar bekerja dalam satu pasukan bagi meneruskan kejayaan Pentadbiran Negeri Perak yang dicapai pada tahun 2019 diteruskan bagi tahun 2020.

Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar atas kepercayaan yang diberikan kepada barisan Ex-Officio yang baharu bagi terus meneraju kecemerlangan negeri ini.

Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Dewan Serbaguna Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Dewan Serbaguna.
Ucapan oleh YB Setiausaha Kerajaan ketika Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan Ucapan oleh YB Setiausaha Kerajaan ketika Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan berdiri tegak ketika lagu Kebangsaan dinyanyikan Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan berdiri tegak ketika lagu Kebangsaan dinyanyikan.
Warga kerja bangunan memotong kek hari lahir bersama sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Warga kerja bangunan memotong kek hari lahir bersama-sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.