DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak : 16 Januari 2020

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyerahkan hadiah kepada Johan Pertandingan Qari.

IPOH, 16 JANUARI 2020 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 1441H/2020M di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini, sebentar tadi.

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Turut mengiringi baginda YB Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Dato’ Asmuni bin Awi mewakili YAB Menteri Besar Perak; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin.

Pada majlis tersebut, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan hadiah kepada johan qari dan qariah negeri, Dr Anuar Bin Hasin dan Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid.

Kedua-dua pemenang tersebut masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM9,000, plak, sijil, hadiah iringan serta pakej menunaikan haji bernilai RM10,000.

Sementara itu, Muhammad Hanzalah bin Ahmad Sukry dan Sakinah binti Shahnom masing-masing dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin, INTIM, telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori menghafaz Al-Quran juzuk 1-30.

Manakala, Muhammad Hanzalah bin Ahmad Sukry dan Aqilah Sulhi binti Ahmad Rozaini masing-masing dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin, INTIM telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori menghafaz Al-Quran juzuk 1-20.

Bagi kategori menghafaz Al-Quran juzuk 1-10, Haziq Muhsin bin Mohd Nizam mewakili Daerah Teluk Intan dan Nurul Balqis binti Mohammad Badri dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin, INTIM telah diumumkan sebagai pemenang.

Kesemua pemenang pertandingan tilawah dan hafazan kali ini akan mewakili Negeri Perak ke Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan pada 14 Februari 2020.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Johan Hafazan Kategori juzuk 1-20, Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini membacakan bacaan hafazan ayat al-quran.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Soutul Faizin dari Sekolah Izzuddin Shah membuat persembahan istimewa sebagai pembukaan majlis.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyampaikan hadiah kepada johan hafazan kategori perempuan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Para Pemenang Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Majlis Penyerahan Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Dr Anuar Hasin dan Puteri Kalimatul Azzua, Pemenang Qari dan Qariah Peringkat Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.