Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak : 21 Januari 2020

Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak

Excutive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2020 oleh YAB Menteri Besar Perak

IPOH, 21 JANUARI 2020 – Sempena Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu menekankan lima aspek yang perlu diberi fokus sepanjang tahun 2020.

Kesemua lima fokus ini juga merupakan kunci kepada perancangan yang mampan untuk Rancangan Pembangunan Perak Darul Ridzuan 2021-2025 (RPP21-25). Lima fokus tersebut adalah seperti berikut:-

1. Rethink (Menilai, Muhasabah, Menganalisa);

YAB Menteri Besar Perak meminta semua jabatan dan agensi masing-masing untuk memberi penekanan bagi mengkaji semula kaedah dalam merancang pelan pembangunan.

“Kita perlu melihat kepada learning curve daripada semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

“Kita akan meneruskan projek-projek yang memberi impak positif kepada rakyat. Bagi projek yang kurang berjaya pula, kita mesti memikirkan pendekatan baru” kata beliau.

2. Big Data (Penggunaan Data Raya);

YAB Menteri Besar Perak berkata penggunaan data raya sebagai asas dalam merancang sesuatu projek adalah penting supaya setiap perancangan jabatan dan agensi selaras berpandukan proses Membuat Keputusan Berpandukan Data (Data Driven Decision Making) dan juga Evidence-Informed Decision Making.

“Kita yakin, kepimpinan baru Institut Darul Ridzuan akan memulakan usaha menggerakkan agenda Nexus Perak bagi memacu inisiatif ini.

“Kerajaan akan mampu merangka dasar, perancangan dan projek berdasarkan data-data yang komprehensif bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat,” tambah beliau.

3. Memperkasa Sistem Penyampaian Melalui Inisiatif Digital;

YAB Menteri Besar Perak berharap kerajaan negeri akan terus memperkasakan sistem penyampaian melalui inisiatif digital bagi memastikan akses kepada rakyat dapat terus dipertingkatkan.

Beliau turut menjadikan MYBank milik Jack Ma sebagai contoh yang mampu mencipta satu aplikasi membolehkan semua transaksi dibuat di hujung jari dan selesai dalam masa hanya tiga minit.

Dengan itu, beliau berharap kerajaan negeri dapat memanfaatkan teknologi untuk terus mempermudahkan urusan rakyat.

4. Take Pride and Take Ownership (Berbangga dengan pekerjaan yang dilakukan dan bertanggungjawab dengan keputusan yang kita ambil);

YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal menyeru semua penjawat awam supaya mengamalkan prinsip take pride dan take ownership dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Ini bukan bermakna kita berbangga diri dengan jawatan kita, tetapi berbangga dengan amanah yang kita pikul” ujar beliau.

Dalam ucapannya, beliau turut menjadikan rakyat Jepun sebagai contoh apabila mereka bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh kerana mereka dapat berkhidmat untuk negara, biarpun di kalangan pekerja yang berjawatan rendah.

5. Tindakan Bersama Tangani Perubahan Iklim;

YAB Menteri Besar Perak menuntut komitmen semua pihak bagi menjayakan Perak Green Plan dalam usaha menangani perubahan iklim yang dialami masa kini.

“Saya berharap setiap jabatan, agensi, GLC, dan badan berkanun akan berganding bahu dalam merealisasikan agenda Perak Green Plan demi masa depan anak-anak pewaris negeri ini,” kata beliau.

Di penghujung ucapannya, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu menyeru kepada semua pihak, para pemimpin dan penjawat awam agar mengenepikan segala perbezaan dalam usaha menjadikan negeri Perak Darul Ridzuan untuk terus gemilang.

“Sepanjang tahun 2019 dengan bersatu niat, bersatu hati, bersatu cita-cita, bersatu dalam tindakan, kita telah Berjaya melakar pelbagai pencapaian dan kejayaan.

Di tahun 2020 ini marilah kita sama-sama memastikan diri kita terus bertekad, terus cekal, terus tabah, dalam menggalas segala amanah, demi rakyat, kerana Allah,” ujarnya.

Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak Antara barisan ketua jabatan yang menghadiri Executive Talk Tahun 2020.
Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak Antara penjawat awam yang hadir semasa majlis tersebut.
Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak Bacaan ikrar oleh En Khairul Amir YDP Majlis Perbandaran Taiping.
Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak Sidang media oleh YAB Menteri Besar Perak selepas majlis tersebut.
Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak YAB Menteri Besar beramah mesra bersama penjawat awam yang hadir.
Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak YAB Menteri Besar Perak beramah mesra bersama penjawat awam.
Executive Talk dan Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama penjawat awam yang hadir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.