Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung Dan Pengerusi JKKK - 27 Mac 2014

IPOH, 27 MAC 2014 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd. Kadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi sesi 2014/2015 kepada 788 orang penerima dari seluruh negeri Perak di Dewan Bankuet, SUK Perak.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir dalam ucapan beliau di majlis berkenaan berkata, individu yang dipilih adalah di kalangan mereka yang berkelayakan dan mampu terus memberi sumbangan.

YAB Menteri Besar menegaskan bahawa jawatan ketua kampung bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya suatu tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat dan ketua kampung harus sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang luas dan terkini seiring dengan arus globalisasi.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abd Puhat bin Mat Nayan; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Saarani bin Mohamad dan YB Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir Bergambar kenangan bersama ketua-ketua kampung dan Pengerusi JKKK.
YAB Menteri Besar Perak menyerahkan cek Perbelanjaan Pengurusan Pentadbiran kepada JKKK Batang Padang.
YAB Menteri Besar Perak menyerahkan cek Perbelanjaan Pengurusan Pentadbiran kepada JKKK Hulu Perak.

Sumber: Korporat, SUK Perak.