DYMM Pemangku Raja Perak Rasmi Kampus Baharu Tenby Schools Ipoh - 27 Mac 2014

IPOH, 27 MAC 2014 - DYMM Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian kampus terbaharu Tenby Schools Malaysia di Meru Raya yang dibina di atas tanah seluas 5.6 hektar.

Hadir sama di majlis perasmian ini ialah,YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir ; YB Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato’ Abd Puhat bin Mat Nayan; YBhg. Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk SK Devamany; YB Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Hijau, Alam Sekitar, Sains dan Pendidikan Perak, Dr Muhammad Amin Zakaria Dato’ dan barisan ahli exco kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenby Schools Malaysia Alister Bartholomew berkata sekolah itu berbangga dengan warisan dan peranannya kepada masyarakat tempatan dalam konteks menyediakan pendidikan Malaysia dan antarabangsa yang selesa.

Menurut Pengarah Tenby Schools Malaysia Datuk Lim Si Boon berkata terdapat lima buah kampus Tenby Schools di Malaysia iaitu di Ipoh, Pulau Pinang, Shah Alam, Johor Baharu dan Miri, Sarawak dengan 4,300 pelajar dari 60 negara .

 

DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan YAB Menteri Besar mendegar taklimat yang disampaikan oleh pengurusan sekolah.
DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga sekolah.
DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melihat pameran yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tenby School.
DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mencemar duli beramah mesra bersama kumpulan koir dari Tenby Schoo.
Pelajar Tenby School menunjukan demo projek kepada DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sumber: Korporat, SUK Perak.