Seramai 13 Pegawai Dan Kakitangan Pdt Hilir Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.: 22 Jun 2020.

13 Pegawai Dan Kakitangan Pdt Hilir Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Penolong Pegawai Daerah, Encik Anas bin Mohd Yusof.

TELUK INTAN, 22 Jun 2020 – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 13 orang pegawai dan kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan cenderahati kepada para pesara bagi tahun 2019 dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan kepada 14 pegawai dan kakitangan di sini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Hilir Perak, Tuan Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik; Ketua Penolong Pengarah 1, Encik Abdul Majid bin Abdul Rahim dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Hilir Perak, Puan Nurul Afizal Binti Zainal Abidin.

Terdahulu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut berkesempatan menyertai lawatan kerja ke Tapak Istana Lama Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar, Bangunan SKOMK Teluk Intan dan Pulau Bangau.

13 Pegawai Dan Kakitangan Pdt Hilir Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Daerah Hilir Perak.

13 Pegawai Dan Kakitangan Pdt Hilir Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi menyampaikan ucapan semasa menyempurnakan majlis tersebut.

13 Pegawai Dan Kakitangan Pdt Hilir Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Pegawai Daerah Hilir Perak, Tuan ketika menyampaikan kata-kata aluan semasa majlis tersebut.

13 Pegawai Dan Kakitangan Pdt Hilir Perak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama wakil-wakil agensi daerah ketika lawatan kerja ke Pulau Bangau.

Sumber : Korporat, SUK Perak.