Kunjungan SUK Perlis Bagi Perkongsian Dua Hala.: 23 Julai 2020

Kunjungan SUK Perlis Bagi Perkongsian Dua Hala

Lawatan delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ke SUK Perak.

IPOH, 23 Julai 2020 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menerima kunjungan daripada delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang diketuai oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merupakan satu platform perkongsian antara kedua-dua buah negeri khususnya berkaitan pembangunan ICT dan digital.

Sesi perkongsian yang telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, turut dihadiri oleh barisan ketua-ketua jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation holdings, Tuan Meor Rezal Fitri bin Dato’ Dr Haiji Meor Redwan.

Terdahulu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama barisan delegasi sempat melawat beberapa kawasan pelancongan yang menjadi tarikan di negeri ini seperti Gua Tempurung dan Concubine Lane.

Kunjungan SUK Perlis Bagi Perkongsian Dua Hala

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Kunjungan SUK Perlis Bagi Perkongsian Dua Hala

Delegasi dibawa melawat sekitar ipoh.

“Casuarina Sini Drive” Panggung Pandu Masuk Pertama Di Malaysia

Lawatan YB Tuan Azman bin Mohd Yusof ke Gua Tempurung, Gopeng.

Sumber : Korporat, SUK Perak.