DYMM Pemangku Raja Perak Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dun Perak Ke-13 - 31 Mac 2014

IPOH, 31 MAC 2014 - DYMM Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan menyempurnakan istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Negeri (DUN) Ke-13 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir, YBhg. Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk S.K Devamany serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut berangkat sama, DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dan isteri YAB Menteri Besar, YABhg. Datin Seri Saripah Zulkipli.

Baginda turut berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta di Dataran SUK Perak.

DYMM Pemangku Raja Perak,Raja Dr Nazrin Shah dan DYTM Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim seterusnya berangkat masuk ke Dewan Mesyuarat diikuti dengan titah ucapan perasmian baginda.

YBhg Mufti Perak. Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj Zakaria, kemudiannya membacakan doa selamat setelah selesai titah ucapan perasmian titah ucapan DYMM Pemangku Raja Perak.

Istiadat pembukaan rasmi Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan berakhir kira-kira jam 11 dengan keberangkatan pulang DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan DYTM Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim.

DYMM Pemangku Raja Perak bersama DYTM Raja Puan Besar Perak bertafakur keatas peristiwa yang menimpa pesawat MH 370.
DYMM Pemangku Raja Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.
YAB Menteri Besar Perak menyerahkan watikah teks ucapan kepada DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memberi tabik hormat kepada Pasukan Kawalan Kehormatan.
DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melakukan pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan.
YAB Menteri Besar Perak, YBhg Yang Dipertua Speaker dan YB SUK menanti keberangkatan tiba DYMM Pemangku Raja Perak.
YB Adun- Adun bersalaman bersama DYMM Pemangku Raja Perak dan DYTM Raja Puan Besar.

Sumber: Korporat, SUK Perak.