Kerajaan Negeri Perak Hargai Penjawat Awam Yang Bersara - 14 April 2014

Ipoh, 14 April 2014 - Kerajaan Negeri Perak telah meraikan dan mengiktiraf jasa dan sumbangan pesara-pesara dan ketua jabatan yang telah menabur bakti dan berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Perak di Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2013 bertempat di Dewan Bankuet SUK Perak.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Kerajaan Negeri, anggota yang telah berkhidmat selama 20 tahun ke atas dan berusia 50 tahun layak menerima insentif Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi golongan bumiputera dan Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi yang bukan bumiputera. Anggota yang berkhidmat kurang daripada 20 tahun juga layak menerima cenderamata dan sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

Majlis Jasamu Dikenang 2013 ini melibatkan persaraan ketua jabatan, pegawai dan kakitangan sokongan seramai 245 orang daripada 37 jabatan di pelbagai peringkat negeri, persekutuan dan badan berkanun yang melibatkan persaraan wajib, pilihan dan terbitan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ; Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ; Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan dan ketua-ketua jabatan negeri.

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir menyampaikan ucapan di Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2013 di Dewan Bankuet.
YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zamby bin Abd Kadir beramah mesra bersama tetamu yang hadir.
YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zamby bin Abd Kadir menyampaikan cenderamata dan sijil ASB kepada penerima.
YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zamby bin Abd Kadir menyampaikan cenderamata kepda penerima sambil diperhatikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
Mantan Pengarah Jabatan Mineral dan Goesains Perak, Dato' Haji Zulkifly bin Abu Bakar, selaku wakil tetamu memberi ucapan di majlis berkenaan.

Sumber: Korporat, SUK Perak.