Public Lecture: Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward - 16 April 2014

Sri Iskandar, 16 April 2014 - Canselor Universiti Teknologi Petronas YABhg Tun Dr Mahathir Muhammad telah dijemput menyampaikan ucapan di forum yang bertajuk Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas.

Menurut YABhg Tun Dr Mahathir, Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin yang agung dan contoh terbaik seorang pemimpin. Sebagai seorang pemimpin, baginda berjaya membina empayar islam yang unggul dan diikuti oleh negara luar.

Kriteria seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin perlu mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah, bersikap berani, mengambil risiko dan berani untuk tampil di hadapan untuk menyelesaikan masalah dan memahami keperluan pengikut-pengikut mereka.

Disamping itu, katanya, kepesatan kemajuan teknologi terkini memberi banyak cabaran kepada pemimpin. Oleh itu, tambahnya, pemimpin perlulah menguasai dan memahami pengetahuan teknologi terkini seperti penggunaan laman sosial seperti Facebook.

YABhg Tun Dr Mahathir juga menyarankan kepada semua pemimpin supaya berhenti menyalahgunakan kedudukan sebagai pemimpin. Forum tersebut dihadiri oleh para pensyarah, pelajar Universiti Teknologi Petronas dan penjawat awam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Saarani Mohamad.

Sumber: Korporat, SUK Perak.