Wacana Intelektual 2014 : Renaisans Melayu - 24 April 2014

Ipoh, 24 April 2014 - YB Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh, menyeru agar semua masyarakat khususnya Melayu untuk menerapkan nilai-nilai positif supaya lebih dinamik, maju dan mampu bersaing dengan kaum yang lain.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Wacana Intelek “ Renaisans Melayu” di Auditorium RTM yang turut di hadiri YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir.

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam ucapannya menegaskan, masyarakat Melayu merupakan majoriti rakyat yang bakal memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan negara kelak. Jelasnya lagi, kebangkitan sesuatu bangsa perlu berasaskan nilai-nilai bangsa itu sendiri seperti berilmu, berani, rajin dan cemerlang, tekun dan pengasih supaya negara terjaga perpaduannya.

Wacana Intelektual ini adalah bertujuan memberi pengetahuan dan pelbagai tahap ilmu kepada penjawat awam dan pemimpin masyarakat selain diharapkan mampu memperkasakan sejarah, ketamadunan bangsa dan Perlembagaan membina pemimpin yang beragenda memperjuangkan agama , bangsa dan negara.

Lebih 1,000 orang menghadiri wacana tersebut yang dianjurkan bersama Gagasan Melayu Perak (GMP), Majlis Perundingan Melayu dan Kerajaan Negeri Perak.

Antara orang ramai yang hadir bagi mendengar Wacana Intelektual yang disampaikan YAB Menteri Pendidikan II.
Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir di Wacana Intelektual 2014
YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir memberikan tepukan kepada YB Dato' Seri Idris bin Jusoh yang berdiri bagi menyampaikan Wacana Intelektual bertajuk Renaisans Melayu.
YAB Menteri Besar Perak bersama dif-dif kehormat yang hadir ke Auditorium RTM bagi mendegar syarahan yang disampaikan YB Dato' Seri Idris bin Jusoh.

Sumber: Korporat, SUK Perak.