Penjawat Awam Perlu Menjaga Integriti - 24 April 2014

Ipoh, 24 April 2014 - Ybhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Razali bin Othman berharap penjawat awam menjaga integriti dan tingkah laku mereka dalam melaksanakan tugas.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Dr Ali bin Hamsa yang menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan sehingga mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

YBhg. Dato’ Haji Razali bin Othman berpesan agar penjawat awam melaksanakan tugas yang diberi sebaik mungkin.

“Jawatan yang kita pegang merupakan satu amanah yang patut kita jalankan sebaik-baiknya.” Kata beliau sempena ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil 3/2014 di Dewan Bankuet SUK Perak.

“Minda kita ibarat ladang yang akan menyemai sesuatu dan terus tumbuh. Jika diajar elemen baik kita akan berfikiran baik dan jika diajar elemen negatif maka negatiflah fikiran kita .” Kata YBhg. Dato’ Haji Razali Othman .

Di akhir ucapan, beliau menyeru agar semua pihak khususnya warga pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak terus mendoakan nasib pesawat MH370 agar usaha-usaha mencari dipermudahkan sekali gus merungkaikan segala persoalan yang bermain di setiap fikiran masyarakat.

Terdahulu, kakitangan Pejabat SUK Perak disampaikan satu ceramah khas bertajuk “ Patriotisme : Kita Wira Malaysia” oleh Prof. Dr Yahya bin Mat Som.

Ceramah yang disampaikan Prof. Dr Yahya bin Mat Som lebih kepada menerapkan nilai-nilai adil,cinta dan patuh kepada negara yang patut ada pada setiap penjawat awam.

Prof. Dr Yahya bin Mat Som, menyampaikan ceramah khas bertajuk Patriotisme.
Warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang menyambut tarikh lahir pada bula April berkumpul di atas pentas bagi acara memotong kek beramai-ramai.
YBhg.Dato' Haji Razali bin Othman menyampaikan beg hadiah hari lahir kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang lahir pada bulan April.
YBhg.Dato' Haji Razali bin Othman menyampaikan sijil pekerja contoh bulan April kepada penerima.

Sumber: Korporat, SUK Perak.