Kontinjen Perak Yakin Raih Sasaran 30 Pingat Emas - 21 Mei 2014

Ipoh, 21 Mei 2014 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir penuh yakin dengan kemampuan kontinjen Perak bagi meraih sasaran 30 pingat emas pada Sukan Malaysia ( SUKMA) XVII di Perlis dan berada dalam kelompok 5 pasukan terbaik.

“Saya yakin dengan latihan-latihan, disiplin yang ada di setiap acara dan dipimpin pula oleh ketua kontinjen yang hebat, iaitu YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir ketika Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Perak Ke SUKMA XVII, Perlis 2014 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir memberi turut memberi semangat kepada kontinjen SUKMA Perak agar berlawan dan berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan iaitu memperoleh pingat emas.

Pada majlis itu, Perak turut melancarkan maskot baru untuk penyertaan di SUKMA XVII Perlis iaitu ‘ Silvergaur’, makhluk berwarna perak dan hitam dan mempunyai tanduk menyerupai seladang.

Pada majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir turut menyerahkan bendera Kontinjen Negeri Perak kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan yang juga merupakan Ketua Kontinjen Perak pada temasya SUKMA kali ini.

Seramai 388 atlet bersama 84 orang pegawai dan 70 urus setia akan mewakili kontinjen negeri Perak pada SUKMA XVII yang akan berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun di Perlis.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir ,YB SUK, Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan YB Datuk Shahrul Zaman Yahya bergambar bersama maskot baru Kontinjen SUKMA Perak.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir bergambar bersama atlet SUKMA Perak.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir bersalam dan beramah mesra bersama atlet SUKMA Perak.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir menyerahkan bendera negeri Perak kepada Ketua Kontinjen SUKMA Perak, YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.

Sumber: Korporat, SUK Perak.