Majlis Pemakaian Pangkat Ahli JAKPAW Perak - 7 Julai 2014

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan YB Dato' Haji Mohd. Gazali bin Jalal memakaikan pangkat kepada Pegawai Daerah Hilir Perak, Tuan Zamari bin Mohd Ramli.

Ipoh, 7 Julai 2014 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak, telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat kepada 10 orang penerima di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kesemua penerima dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat setelah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan Syor Majlis Angkatan Tentera bagi menganugerahkan Mejar Kehormat kepada 10 penerima termasuk Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Harun bin Rawi.

Turut hadir bagi menyempurnakan pemakaian pangkat kepada ahli JAKPAW, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Haji Mohd. Gazali bin Jalal selaku Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Perak.

Selepas selesai majlis pemakaian pangkat, berlangsung satu mesyuarat khas iaitu Mesyuarat JAKPAW Perak Siri 1/2014 yang dipengerusikan YB Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Berikut adalah senarai penuh penerima pangkat Mejar Khormat :-

  1. Dato’ Harun bin Rawi- Datuk Bandar Ipoh.
  2. Dato’ Dr Zulkapli bin Mohamaed- Pengurus Besar Yayasan Negeri Perak.
  3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato’ Hj Meor Redwan bin Mahayudin – Orang Besar Jajahan Kerian.
  4. Prof Madya Dr Mohamad Suhaily bin Che Ngah- Pensyarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  5. Dr Jeyaratnam A/L M Ratnavale – Pegawai Kesihatan, Prime Medical Centre, Ipoh.
  6. Tuan Shahrom bin Abd Malik – YDP Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
  7. Tuan Zamari bin Mohd Ramli- Pegawai Daerah Hilir Perak.
  8. Dato’ Zamri bin Man – YDP Majlis Perbandaran Manjung
  9. Tuan Hj Mohamad Tarmizi bin Taib- Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Kemajuan Ekonomi, Dan Pembangunan Islam Negeri Perak.
  10. Puan Halizah Binti Sipun – Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan.
Kesemua penerima pingat bergambar kenangan bersama YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.
Tabik hormat penerima pangkat kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JAKPAW Perak.
YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan mempengerusikan Mesyuarat JAKPAW Perak Siri 1 2014.
YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan YB Dato' Haji Mohd. Gazali bin Jalal memakaikan pangkat kepada Datuk Bandar Ipoh.
YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Kerian turut dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat.

Sumber: Korporat, SUK Perak.