Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan 2024 : 6 Mei 2024

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan 2024.

YAB Menteri Besar Perak ketika melawat gerai-gerai yang disediakan.

IPOH, 6 Mei 2024 - Lebih 1,000 orang tetamu hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitiri Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan 2024 di Dewan Bankuet, di sini.

Majlis yang berlangsung dengan suasana meriah itu turut diserikan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.

Hadir sama, Yang Di-Pertua Dewan Negeri, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri; Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Cik Jenny Choy Tsi Jen; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman serta YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Hajah Halizah binti Sipun.

Pada majlis tersebut, turut diadakan Pertandingan Gerai Tercantik dan Pertandingan Pakaian Tercantik bagi kategori lelaki dan kategori perempuan dengan tema pada tahun ini “Alamak Raya Lagi”.

Bagi Pertandingan Gerai Tercantik, Pejabat Kewangan Negeri Perak telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.

Manakala bagi Pertandingan Pakaian Tercantik kategori lelaki pula telah dimenangi oleh Encik Mohd Abdul Razak Rosli dari Pejabat Kewangan Negeri Perak dan kategori perempuan telah diberikan kepada Puan Ros Maya binti Pandak Jamaluddin.

Secara simboliknya, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan diadakan bukan hanya untuk meraikan bulan Syawal malah ia juga bertujuan mengeratkan hubungan ukhuwah serta menghargai peranan warga kerja yang sentiasa memastikan negeri Perak terus cemerlang.

Sumber : Korporat, SUK Perak.