Pelaksanaan GST - Penjawat Awam Bertanggung Jawab Bantu Kerajaan - 30 Oktober 2014

gst

KUALA KANGSAR, 30 OKTOBER 2014 - YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal berkata, sokongan dan peranan penjawat awam amatlah penting demi memastikan pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan kerajaan April tahun hadapan berjalan dengan lancar dan berjaya.

Menurut YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, penjawat awam bertanggungjawab untuk membantu kerajaan membetulkan persepsi salah mengenai GST di kalangan penjawat awam sendiri di samping menyebar fakta sebenar mengenai kebaikan pelaksanaan GST kepada rakyat.

Beliau berkata demikian sempena Perasmian Program Jelajah #myGST4U di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar yang turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Ketua-ketua Jabatan dan lebih 5, 000 kakitangan awam dan badan berkanun.

Program jelajah #myGST4U merupakan satu inisiatif terbaharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha untuk menyebar luaskan maklumat berkaitan dasar kerajaan khususnya GST kepada masyarakat terutama penjawat awam di peringkat negeri dan daerah. Negeri Perak telah dipilih sebagai negeri pertama dalam pelaksanaan program Jelajah #myGST4U, ia akan diikuti oleh beberapa buah negeri lain di Malaysia seperti Sabah, Kedah, Terengganu, Perlis, Johor dan Sarawak.

Program yang berlangsung selama sehari ini mengabungkan pelbagai aktiviti menarik antaranya Taklimat GST, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Pemerikasaan Kesihatan, Program MyBesbuy (Karavan Tani) dan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC).

 

Ketua-ketua Jabatan turut hadir bagi menjayakan Program Jelajah #myGST4U.
YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal bersama dif-dif kehormat melihat pameran yang disediakan pihak JPA.
YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal menunjukkan contoh barangan yang tidak akan dikenakan GST.
YBhg.Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal dan YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan bersalaman dan beramah mesra bersama penjawat awam yang hadir.
YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal menyampaikan sijil persaraan penjawat awam kepada salah seorang penerima.
Penjawat awam yang hadir ke Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar bagi mendengar taklimat berkaitan GST.

Sumber: Korporat, SUK Perak.