Seminar Kaderisasi Dakwah “Living A Successful Islamic Life” Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Perak 2015 : 5 Mac 2015

kaderisasi
Orang-Orang Besar Jajahan Perak, antara tetamu yang turut hadir di Seminar Kaderisasi.

IPOH, 5 MAC 2015 - Seramai lebih 1000 anggota perkhidmatan awam negeri Perak telah menghadiri Seminar Kaderisasi Dakwah “Living a Successful Islamic Life’ Pemantapan Akidah Ahli sunnah Wal Jamaah Peringkat negeri Perak Tahun 2015 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antara objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan isu-isu akidah semasa dan menggariskan solusi bagi pemantapan akidah ummah. Selain itu, seminar ini juga diadakan untuk memberi perkongsian maklumat berkaitan isu-isu ancaman terhadap ummah serta membina kecemerlangan hidup islam.

 

Seminar kaderisasi dakwah ini telah dirasmikan oleh YB.Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir bagi menyempurnakan bacaan Al-Quran ialah YBhg. Tuan Syed Muzaffar bin Tuan Syed Azlan, Imam besar Masjid Muhibbah Shah, Ipoh.

Terdapat tiga sesi yang mengupaskan isu yang berbeza dalam seminar ini dan setiap sesi tersebut diketuai oleh setiap moderator. Sesi yang pertama telah mengupas tajuk berkaitan isu-isu akidah semasa dan diketuai oleh SF. Tuan Hj. Harith Fadzilah b. Hj. Abdul Halim,Timbalan Pengerusi JAIPk. Pada sesi kedua pula, membincangkan tajuk solusi pemantapan akidah dan isu-isu ancaman terhadap ummah yang diketuai oleh YBhg. Ustaz Mohd Fadzil b. Abu Kasim, Pengurus Besar Operasi YADIM. Manakala sesi ketiga melibatkan sesi dialog bersama tetamu yang hadir yang diberi tajuk ‘Living A Successful Islamic Life’ dan YBhg. Tuan Hj. Azmi b. Ahmad daripada Pensyarah Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) sebagai moderator.

YB Dato’ Drs Mohd Nizar berkata dalam ucapannya bahawa pentingnya kita sebagai umat Islam untuk mempunyai akidah yang mantap bagi mengelakkan dari terjerumus dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan akidah.

Majlis yang berlangsung selama sehari ini telah mendapat anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

kaderisasi Antara peserta yang turut hadir dalam seminar ini.
kaderisasi Para peserta khusyuk mendengar seminar yang diadakan di Dewan Bankuet, Pejabat SUK.
kaderisasi YB. Dato' Drs Mohd Nizar bin Zakaria beramah mesra bersama para panel.
kaderisasi YB. Dato' Drs. Mohd Nizar bin Zakaria bersalam-salaman bersama peserta yang hadir.
kaderisasi YB.Dato' Drs. Mohd Nizar bin Zakaria dalam Ucapan Perasmian Seminar tersebut.

Sumber: Korporat, SUK Perak.