Program Pangkor-Sanya Chinese Muslim Exhibition : 12 Mac 2015

pangkor
Penyerahan memorandum di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan KPerak.

IPOH, 12 MAC 2015 - YB. Pengerusi Jawatankusa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin bt Dato’ Mohammed Radzi, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pangkor-Sanya Chinese Muslim Exhibition di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

YB Pengerusi PPANPK, Pn Salbiah bt Mohamed berkata, tujuan utama Program Pangkor-Sanya Chinese Muslim Exhibition ini adalah untuk mempamerkan kesenian dan sejarah berkaitan dengan kedatangan Islam di negara China dan Malaysia khususnya perhubungan di antara masyarakat cina muslim dari bandar Sanya dan juga Pulau Pangkor, Perak yang masih ada tinggalan sejarah masyarakat dan corak budaya kehidupan terutama dalam salasilah sejarah Islam. Menurut beliau lagi dengan adanya hubungan serta kerjasama dua hala ini, secara tidak langsung ia dapat mempromosikan aktiviti pelancongan di negeri Perak.

 

Pada majlis tersebut turut diadakan, Majlis Menandatangani MoU di antara Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) bersama KPerak bagi melaksanakan Projek E-LIBRARY.

YB Pn Salbiah bt Mohamed dalam ucapannya berkata, “Kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama dari aspek perkongsian idea dan kepakaran dalam pembangunan program berkaitan pengurusan sumber maklumat dan pengetahuan. Manakala KPerak bersetuju membantu menyediakan perkongsian fasiliti, kepakaran serta menyediakan platform (sistem dan aplikasi E-LIBRARY)”.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah YB Encik Maslin Sham bin Haji Razman, Timbalan Pengerusi PPANPk, Encik Mohd. Nazaruddin bin Mohd Yusof, Tuan Haji Yusof Liu Baojun, Sub-Chairman DMDI China, YB. Dato’ Dr. Fedil Chea, Chairman of Persatuan Chinese Muslim Perak dan Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi.

pangkor Para pelajar melawat pameran yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
pangkor Penerangan ringkas oleh Tuan Hj Yusof Liu Baojun kepada VIP.
pangkor Encik Mohd. Nazaruddin bin Mohd Yusof dan YB. Pn Salbiah bt Mohamed menandatangani MoU di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
pangkor Sesi sidang akhbar bersama YB. Dato' Nolee Ashilin bt Dato' Mohamed Radzi serta Tuan Haji Yusof Liu Baojun.
pangkor YB. Dato' Nolee Ashilin bt Dato' Mohammed Radzi khusyuk mendengar penerangan daripada Sub-Chairman DMDI China.

Sumber: Korporat, SUK Perak.