Taman Rimba Kledang Saiong : 7 Mac 2015

tamanrimba

IPOH, 7 MAC 2015 - Sempena program MAKSAK Turun Padang Di Kampung Ulu Chepor 2015 satu lawatan telah diadakan ke Taman Rimba Kledang Saiong yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Lawatan ini dihadiri lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Perak dan isteri-isteri Ketua Setiausaha Kementerian daripada pelbagai jabatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri pelbagai spesis periuk kera yang ada di taman tersebut.

 

Taman Rimba Kledang Saiong yang terletak di daerah kinta manjung, Perak merupakan kawasan eko-pelancongan hutan rimba yang berkeluasan 2,188 hektar. Aktiviti pemuliharaan dan penjagaan spesis periuk kera dilakukan di taman ini bagi menjamin kewujudan spesis periuk kera pada masa akan datang. Terdapat lebih kurang 74 spesis periuk kera yang ada di taman rimba tersebut.

Taman Rimba Kledang Saiong terletak 4.5 kilometer dari Persimpangan Plaza Tol Jelapang, Lebuh Raya Utara-Selatan dan 14.2 kilometer dari bandar raya Ipoh. Dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang dan dibuka secara percuma kepada pengunjung. Para pengunjung taman boleh melihat sendiri secara dekat spesis periuk kera yang ada di taman tersebut.

Pelbagai kemudahan asas seperti kawasan letak kereta, tandas, kafeteria serta papan informasi disediakan untuk kesenangan pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti bekhemah di taman tersebut dan harus mendapat kebenaran daripada Pejabat Hutan Daerah.

Turut hadir YBhg. Datin Seri Nor Hasmah bt. Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak.

tamanrimba tamanrimba
tamanrimba tamanrimba

Sumber: Korporat, SUK Perak.