Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Perak : 7 April 2015

APC
Sesi bergambar bersama YAB Menteri Besar Perak bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Awam yang cemerlang.

IPOH, 7 APRIL 2015 - Seramai 68 orang anggota perkhidmatan awam negeri Perak dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014 atas komitmen, tanggungjawab dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas.

Anugerah kepada penerima disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

“Inilah tradisi kita setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang melaksanakan tugas yang begitu baik. Namun ia tidak bermakna kita membezakan antara yang bekerja dan tidak bekerja, tapi apa yang hendak ditekankan disini ialah satu budaya kerja yang diperlukan dalam organisasi kita iaitu budaya kerja yang memerlukan kecekapan di kalangan kita.” kata YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir.

YAB Menteri Besar Perak berharap agar penjawat awam di Negeri Perak khususnya, mempunyai semangat kerjasama antara satu sama lain dalam mencapai visi dan matlamat Perak Amanjaya.

“Apa yang kita hendak capai, kita kena ada semangat kerja bersama-sama, kita nak lihat Negeri Perak ini maju ke hadapan, bukan hanya konteks bangunan-bangunannya, tetapi kemajuan dalam semua aspek termasuk yang bersifat spiritual seperti pembangunan minda dalam melahirkan generasi-generasi masa depan yang hebat”.

Di akhir ucapan YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir berpesan kepada penjawat awam yang tidak menerima anugerah APC kali ini agar tidak merasa rendah diri atau tidak dihargai, sebaliknya menganggap ia sebagai satu proses bagi memperbaiki dan mempertingkatan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan.

APC YAB Dato Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir beramah mesra dengan penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2014.
APC Di antara penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2014 peringkat Negeri Perak.
APC Bacaan Ayat-Ayat suci Al-Quran dibaca oleh johan Qari pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Perak.
APC Puan Suzana dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di antara penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2014.

Sumber: Korporat, SUK Perak.