Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion Negeri Perak : 13 April 2015

Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri bergambar bersama YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan selepas selesai Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion Negeri Perak.

SERDANG, 13 APRIL 2015 - Bangunan baharu Pavillion Negeri Perak yang telah dibina sempena Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2014 telah diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak kepada Kerajaan Negeri Perak di tapak projek Pavallion Negeri Perak.

Majlis penyerahan disempurnakan Pengarah JKR Perak, YDH Toh Paduka Setia Dato’ Ir Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.

Pengarah JKR Perak, YDH Toh Paduka Setia Dato’ Ir Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad semasa ucapan beliau berkata, bangunan ini mengambil tempoh masa 6 bulan untuk disiapkan dan telah siap sepenuhnya pada akhir November 2014.

“Walaupun menghadapi beberapa isu dan masalah yang telah melewatkan projek ini, dengan berkat kerjasama semua pihak, terutamanya antara pihak JKR, kontraktor utama dan pihak pelanggan, projek ini akhirnya berjaya disiapkan, dan Negeri Perak berjaya menyertai pameran MAHA 2014 yang bermula pada 20 November 2014 yang lalu. ” kata Pengarah JKR Perak.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan di dalam ucapan beliau turut menyarankan agar bangunan Pavilion ini digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri seperti mengadakan kursus, seminar dan bengkel dan bukan hanya untuk pameran semata-mata.

Bangunan Pavillion Negeri Perak dibina sepenuhnya berkonsepkan reka bentuk Istana Kenangan yang kini telah dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini dilengkapi dengan 2 ruang pameran, Bilik Istirehat VVIP, Bilik Mesyuarat, Pejabat Kecil, Kafeteria, Ruang Jualan dan Demo, Ampiteather dan Pentas Terbuka serta 2 bilik petugas lelaki dan wanita dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas.

Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion

YB Setiausaha Kerajaan Negeri melakukan lawatan tapak di dalam Bangunan Pavillion Negeri Perak.

Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion

Pengarah JKR Perak bersalaman bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri sempena Majlis Penyerahan Kunci  Pavillion Negeri Perak.

Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion

Majlis menandatangani Dokumen Penyerahan Bangunan Pavillion Negeri Perak.

Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion

Bangunan Pavillion Perak baharu yang dibina sempena MAHA 2014.

Majlis Penyerahan Bangunan Pavillion

Ketua-ketua jabatan menyambut kedatangan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.

Sumber: Korporat, SUK Perak.